Thursday, October 9, 2014

Moga

Semalam-semalam yang dulu
di lelap mata ku kau tiada
di riuh hidup ku , kau sepi
di ceruk siang ku , kau di mana

Aku sunyi ketika

Hari-hari yang kini
di buka mata ku , kau di sana
di gelak tawa ku , kau ceria
di kosong hatiku , kau penuhi

Kau penghilang duka
Aku bahagia

Moga ia bukan ketika
Kekal lah hingga kita ke syurga




Tuesday, May 20, 2014

Momen baru

Aku tak pernah senekad ini. Buat keputusan bawa diri jauh dari kepompong selesa aku. jauh dari keluarga aku. jauh dari kenalan aku. pergi ke suatu tempat baru. tempat yang sangat asing. tempat untuk membina dunia baru... dengan kau..

Mulanya , dunia yang aku tempuh tu taklah seindah yang aku bayangkan. Penuh perih, susah, payah, letih. Tapi dengan semua itu , aku dapat lihat sisi kau yang berbeza. Sisi kau yang aku tak pernah nampak selama ini. Kau rupanya berwajah tenang dalam gelisah. Kau rupanya mampu jadi malaikat pelindung di saat getir. Dan kau rupanya ada kekuatan dalaman yang jarang orang lain ada.

Susah payah yang dulu perlahan2 angkat kaki, diisi dengan keindahan kau yang selalu disamping aku. Aku tak mampu luahkan bahagia tu. Perasaan kau ada depan mata, boleh borak dengan kau, boleh tenung mata kau, elus pipi kau, dan semua tu mesti sangat janggal bagi kau kan? Sebelum ni kau borak dgn org lain, makan dgn org lain, hidup dgn org lain.  Tapi terima kasih  kau sudi jadi sebahagian hidup aku walaupun tak lama.

Dalam gembira, aku nampak kau sedih. Aku tahu.. Aku faham kau rindukan dia. Walau kau nafi, aku tetap tahu sisa sayang tu masih ada pada dia. Aku cuma harap kau boleh buat pilihan. Kau bukan barang, yang boleh aku kongsi dengan orang lain. Kalau aku tamak , memg patut pun sebab aku sayangkan kau. Kalau aku mendesak memang patut pun sebab aku nak jaga kau. Kalau aku memaksa memg patut pun sebab aku taknak kau lalui benda yang sama. Atau kau dah lupa?..

2 minggu yang aku jalani dengan kau, aku harap biar cepat berlalu. Kenapa? Sebab aku taknak tengok kau sedih, kau nak balik dekat dia tapi terikat dengan aku. Aku juga harap 2 minggu tu lambat habis. Kenapa? Sebab aku tak puas lagi luangkan masa dgn kau. Aku tak berikan yang terbaik lagi buat kau. Maafkan aku kalau aku ada terkasar, terbuat kau kecil hati, tergaduh dengan kau. Hahaha semua tu tak mungkin aku lupa.

 Apapun aku harap kau gembira. Kalau takdir kau bukan hak aku, aku terima. Tapi sebelum tu aku akan pertahankan kau sehabisnya. Aku takkan give up lagi.

Thursday, April 24, 2014

Rasukan keladi

Apa khabar keldai2  ..eh keladi-keladi sekalian? kihkih..Sudah bersedia untuk dimasak secara zalim ? Ha meh nak kupas dulu kulit tu. Zapp! Zapp! ok dah bogel , sekarang aku nak rebus kau . Duduk diam2 eh.

Hey jangan lari , datang sini balik aku tukang masak profesional.! Ye sgt profesional. Korang takkan dengar ngauman dari aku bila percikan minyak mendarat kat muka. Periuk belanga patah riuk , belobang sana sini pon proses memasak boleh diteruskan. Apatah lagi memasak kamu batang-batang keladi. Aku boleh masak secara pantas tak hengat donia. kahkah! Bongkak sungguh ayat aku. ''-_-

Ha nape aku tanya khabar keladi je , takde pulak tanya khabar korang? Sebab aku tengah nak berjimak dengan keladi2 ni. Ah bukan berjimak la ! BERJINAK . ngok ngek. Alkisahnye , ade seorang budak kontot tu mengidam nak mkn masak keladi. Dia btau je, tak suruh masakkan pon. Tapi aku sebagai budak tak berapa nak kontot berasa kasihan akan budak kontot itu.

Lalu aku punya instinct kuat mnyuruh aku belajar pasal resepi keladi ni. Nanti boleh la aku masakkan untuk kontot tercinta.hihi.. sampai berguru dgn cik lokama ni , jgn memain!

So here goes the raw ingredients :

BAHAN-BAHAN

  • 3 btg keladi
  • 3 asam keping
  • daun kesom
  • garam secukup rasa
BAHAN KISAR
  • 4 bawang besar
  • 3 bawang putih
  • 5 cili merah
  • sekor ikan selayang 
  • seinci kunyit hidup
CARA MASAK
  1. Korang rebus dulu keladi tadi dgn air garam / asam keping untuk hilangkan gatal. Kang tak rebus , korang gatal zahir dan batin pulak Jenuh.
  2. Toskan keladi , pastu ignorekan kejap kegedikan keladi tu.
  3. Sekarang focus pada periuk. Masukkan air dalam periuk , kemudian masukkan semua bahan kat atas kecuali keladi.
  4. Bila dah menggelegak air tu baru korang masukkan keladi. 
  5. Lepastu pandai2 la nak tmbah kemasinan atau kepedasan kuahnya. kemudian tutup api.
Sayang!!saya dah masakkan untuk awk ni! Cik lokama yang ajor sy masak! dapp tak? 

Hmmm okay sy tipu..sy tak reti masak lagi keladi ni..uwaaaa!



Wednesday, April 9, 2014

Jarak Jasad

Kau datang sini jumpa aku kemudian kau balik sana balik. Kau ada depan aku tiba2 kau jauh dari aku. Kau ceriakan hari aku , isi kekosongan dalam hati aku then kau kembali sibuk dengan urusan kau. Seminggu luangkan masa dengan kau rasa macam sekejap sangat.

Setiap hari aku rindukan kau , aku rimas bila rindu ni datang mencurah2 ke ladang gandum. Sampai satu tahap aku angau , siap dengan gelak tawa kau boleh terngiang2 dalam kepala aku. Aku rindu nak borak dengan kau rindu senyuman kau rindu nak pegang tangan kau rindu nak peluk kau.

Serius kalau ikut hati aku, nak je aku turun sana jumpa kau.berkepit dengan kau.menghadap muka kau.buat kau gelak.tengok kau senyum.pimpin tangan kau. Tapi tak boleh , sekarang masing2 busy. Kau dengan projek kau aku dengan kerja aku. Aku cemburu dengan orang sekitar kau yang ada kesempatan untuk buat semua yang aku hasratkan td.

Ah ini satu lagi hal , jeles aku dengan kau semakin menjadi2 sejak kebelakangan ni. Kalau boleh aku nak kau jadi hak milik aku sorang. Aku nak kau habiskan masa dengan aku je, cakap pasal aku je, pikir pasal aku je. Haha tak salah bukan? sebab aku cintakan kau. Aku tak nak orang lain buat kau rasa kau perlukan dorang sebab aku nak jadi orang yang kau perlukan tu.

Aku janji sayang . Selama ni aku impikan untuk hidup bersama dengan kau. Aku akan perjuangkan segalanya untuk itu. Dan bila aku berjuang , aku tak harap aku akan kalah. Aku akan capai impian aku dan impian kita. Sama2 kita pertahankan hubungan ni. Aku akan cintakan kau sampai ke syurga , aku janji... 

Friday, January 24, 2014

Aku Hampir Dengan Kematian

Jika aku tanya kamu semua, pernah tak korang berada begitu dekat dengan kematian tapi terselamat kemudiannya? Mesti semua mengangguk bertubi2 malah ada yang histeria seploh hari bila teringat kesengalan korang bukan?

Ha tu la korang , mak korang pesan jangan buas korang degil.!

Padan la muka..err padan muka aku jugak.

Ok ,

Pengalaman near-death aku yang pertama..dan juga yang terakhir adalah sewaktu aku masih seorang kanak-kanak yang tulus dan suci.muehehe. Berlaku kira-kira 9 tahun dulu....

Ya congakan korang betul , aku tau korang bijak mathematics. Aku baru berumur 11 tahun masa tu dan aku buat benda yang orang lain kemungkinan tinggi tak buat masa sebaya aku.

Huh mesti pikiran kotor korang sangka aku buat benda tak baik kan..ohh pellis! aku seorang anak yang sangat baik ok masa muda2 dulu.(*perasan tahap A..) Aku sebenarnya dah ajak seorang awek cun mandi air terjun. Ha korang hado buat camni masa kanak-kanak dulu? Ahh korang loser.

Haha masa tu dy tak cun la , selebet je , nama pon kanak-kanak kannn..tapi sekarang aku tengok makin cantik manis. Mula-mula aku dan dia mandi dekat tempat cetek. Berenang-pelbagai jenis kuak-flipback-dan berenang lagi.

'Weh bosan bahabi , jom mandi dekat tempat tu.' kata si awek tersebut. Ya dia sebut perkataan babi walaupun masih kanak-kanak. Mungkin pengaruh abang2 dia.

Aku dan dia pon naik kemudian terus terjun ke tempat tu tanpa berfikir 2 mahupun 3 kali. Terjadilah adegan panass , dia panjat belakang aku dan aku sebaliknya. Ahh korang asyik pikir aku bercengkerama dengan dia je kan.

Tahu tak kitorang separuh nyawa dalam air bertarung dengan malaikat maut yang terasa sangat hampir. Yang bila-bila masa je akan rentap nyawa aku.nyawa dia.nyawa 2 kanak-kanak suci.

Hoh aku rasa gerun. Aku pikir aku akan mati saat itu. Aku lemas.

Tidak. Aku tak mati. Aku nampak seorang lelaki hulurkan tangan , aku tenggelam sebab si awek tadi panjat belakang aku. Celaka. Dia terselamat , kemudian aku turut ditarik naik ke atas. Kami terselamat. Kami diselamatkan.

Allah tahu , mak dan ayah masih perlukan aku untuk mengisi ruang dalam hidup mereka. Sebab tu Dia biarkan aku terselamat. Dia biarkan aku mandi air terjun dengan awek-awek cun yang lain lepas itu. Syukur..







Monday, January 20, 2014

K.a.u

18/2/13 *hari ape aku tak ingat


Lewat pagi tu..


Aku mengantuk ya rabbi , laman chatting tu dah tak menarik minat aku , bukan sebab tak menarik tp sebab aku mengantuk. Padahal tadi aku tengah chatting dengan awek ampang. (insert lagu havoc disini) eh korang salah! Aku tahu korang pikir awek ampang tu macam dalam lagu havoc kan? Dy bukan jenis awek ampang yang tgok laki pakai topi KL , lagi dy pandang terus cair. Bukan ,dy bukan macamtu.


Last2 awek ampang reject aku. Kejam. Aku pikir dy sengaja mencalar kan hati aku sb hati dy pernah dicalarkan. Revenge. hehe ingat aku tak tau lettu.


Lepas frust di reject , aku baring. Lelapkan mata. Gelap. Hitam. Kelam.. Aku mulai mimpi kan awek. Paras rupa tak berapa ingat sb mimpi kan. Datang kat aku , baring sebelah aku. Aku rasa bestt , lepas tu aku agak aku dengan dy akan inzal.


Gagal. 


Celaka.


Hilang mimpi indah tadi , Hilang gadis indah , hilang semua gara2 nada dering Danza Kunduro berbunyik. Masuk satu mesej - "hoi bgun subuh" - nombor tak dikenali. Jam tertera pukul 2.37 a.m. Geram. Aku rasa marah. Marah kau ganggu tidor aku , marah kau hilangkan gadis indah tadi , marah sb belum masuk subuh pon!


Aku balas mesej , kami berbalas mesej. Dy call aku , aku dengar suara comel.

(baca : suara upin ipin. comel bukan?) Hilang marah , geram aku tadi. Aku suka. Aku suka dengar suara dy. Dalam 5 minit suara tu menghenyak-henyak lubang telinga aku , dy suruh aku tido. Hang up.. tuutt ttuuut. Tido dalam senyuman. senyum senyum senyum. Air liur basi terhasil.


11 bulan kemudian..


Aku masih suka dengar suara dy , dan sekarang aku jadi terlalu rindu kalau tak dengar suara tu , suara paling indah dalam hidup aku lepas suara mak aku. Ya suara kau indah tahu?.. Dan dy pula menjadi species yang paling penting bagi aku , menjadi gadis indah yang hilang dr mimpi aku tempoh hari , menjadi seorang pencuri ; pencuri hati. Aku harap dy takde niat nak berhenti mencuri. 


Aku sayang kau a.m.e


Demi Allah aku sayang kau.



Tuesday, January 14, 2014

Dua Kosong

Tahun ni umur aku masuk 20 tahun

Setiap hari aku dilema dengan angka 2 di depan kosong

Mungkin aku kena terima angka 2 itu

Mungkin tahun2 seterusnya aku akan terpaksa beriang gembira pula dengan angka dua,tiga,empat..arghhh stress plak aku mikior!

Ape pon aku nak terus berbebel! hik hok

Aku merajinkan diri create blog ni sebab aku dah janji dengan a.m.e nk buat satu blog

Sape a.m.e ?? huh pensibuk.Secara ringkasnya dia homo sapiens yang aku sayang gila dalam dunia ni

So nt aku update entry, walau aku tau takde sape pon yang nak baca blog unik aku ni.Sedih2