Friday, January 24, 2014

Aku Hampir Dengan Kematian

Jika aku tanya kamu semua, pernah tak korang berada begitu dekat dengan kematian tapi terselamat kemudiannya? Mesti semua mengangguk bertubi2 malah ada yang histeria seploh hari bila teringat kesengalan korang bukan?

Ha tu la korang , mak korang pesan jangan buas korang degil.!

Padan la muka..err padan muka aku jugak.

Ok ,

Pengalaman near-death aku yang pertama..dan juga yang terakhir adalah sewaktu aku masih seorang kanak-kanak yang tulus dan suci.muehehe. Berlaku kira-kira 9 tahun dulu....

Ya congakan korang betul , aku tau korang bijak mathematics. Aku baru berumur 11 tahun masa tu dan aku buat benda yang orang lain kemungkinan tinggi tak buat masa sebaya aku.

Huh mesti pikiran kotor korang sangka aku buat benda tak baik kan..ohh pellis! aku seorang anak yang sangat baik ok masa muda2 dulu.(*perasan tahap A..) Aku sebenarnya dah ajak seorang awek cun mandi air terjun. Ha korang hado buat camni masa kanak-kanak dulu? Ahh korang loser.

Haha masa tu dy tak cun la , selebet je , nama pon kanak-kanak kannn..tapi sekarang aku tengok makin cantik manis. Mula-mula aku dan dia mandi dekat tempat cetek. Berenang-pelbagai jenis kuak-flipback-dan berenang lagi.

'Weh bosan bahabi , jom mandi dekat tempat tu.' kata si awek tersebut. Ya dia sebut perkataan babi walaupun masih kanak-kanak. Mungkin pengaruh abang2 dia.

Aku dan dia pon naik kemudian terus terjun ke tempat tu tanpa berfikir 2 mahupun 3 kali. Terjadilah adegan panass , dia panjat belakang aku dan aku sebaliknya. Ahh korang asyik pikir aku bercengkerama dengan dia je kan.

Tahu tak kitorang separuh nyawa dalam air bertarung dengan malaikat maut yang terasa sangat hampir. Yang bila-bila masa je akan rentap nyawa aku.nyawa dia.nyawa 2 kanak-kanak suci.

Hoh aku rasa gerun. Aku pikir aku akan mati saat itu. Aku lemas.

Tidak. Aku tak mati. Aku nampak seorang lelaki hulurkan tangan , aku tenggelam sebab si awek tadi panjat belakang aku. Celaka. Dia terselamat , kemudian aku turut ditarik naik ke atas. Kami terselamat. Kami diselamatkan.

Allah tahu , mak dan ayah masih perlukan aku untuk mengisi ruang dalam hidup mereka. Sebab tu Dia biarkan aku terselamat. Dia biarkan aku mandi air terjun dengan awek-awek cun yang lain lepas itu. Syukur..







2 comments:

  1. me..?? lepas eksiden yg boleh dikatakan eksiden teramat teruk.. kereta remuk.. patah berbelas2 dan doktor pernah ckp.. maybe lepas nih takleh jln.. tp tuhan maha kaya... ai bertahan malah boleh berjln wlpun tak sesempurna org... syukur amat

    ReplyDelete
    Replies
    1. uish accident dgn ape tu? tapi syukur terselamat kan..

      Delete

Sila tinggalkan komen , nasihat , carutan mahupun makian anda disini ...kalau mahu.