Sunday, October 11, 2020

Secebis je

Waktu ke waktu makin tercarik bungkusan rindu. Nanti kan aku ikat kemas semula bungkusan itu, tp hari ini biarlah aku begini dahulu.

Jarang aku lakarkan kebocoran mata di mana2 media, siapa peduli kan? Jadi aku hamparkan disini saja..

Beratnya dada penuh dengan rindu, rindu yang kali ini takkan pernah habis, rindu hanya tinggal rindu. Rindu sgt dekat ayah...Ntahlah, aku rindu...tu je.

Thursday, June 11, 2020

KINI

Lama sungguh ya aku tak tulis dalam blog ni. Ya realitinya aku seorang pendiam, tak banyak bicara, jarang membuka cerita kerana..memang itu aku. Di alam maya juga lebih kurang pendiamnya. Jadi apa bezanya? Ntah, aku memang begitu. hahahaha

Sedar tak sedar dah 6 tahun blog ni wujud. Masih aku ingat mula-mula aku create blog ni untuk aku coretkan perjalanan dan pelayaran kisah aku dgn a.m.e. Waktu tu aku fall in love, fall hard giler. Tak sangka begitu sekali powernya cinta ya.

Ye lah first love kan, manis sangat rasa. Tambah pula a.m.e pakej cantik, hidung mancung. Aku berjuang masatu, tak kira siapa musuh. Yang slacknya aku tak punya apa2, aku hanya ada armada cinta. Sepatutnya cinta tu cukup untuk buat aku bina sesuatu untuk bahagiakan dia, tapi banyak halangannya dari solusinya.

Ahhh begitulah hidup..

KINI, aku masih tak punya apa-apa. Tiada harta, tambah lagi sebatang kara. Yang aku ada cuma cinta yang ntah laku ntah kaku. Aku sekarang fokus untuk tambah baik diri aku, ntah kadang2 aku rasa hidup ini palat. Aku penat & tenat. Tapi ya tak mengapa, biar otak ini, biar raga dan susuk ini terus melambung2 dihenyak dugaan. Aku cuma akan terus usaha membelah takdir. Sampai aku sampai...

Adios