Monday, January 20, 2014

K.a.u

18/2/13 *hari ape aku tak ingat


Lewat pagi tu..


Aku mengantuk ya rabbi , laman chatting tu dah tak menarik minat aku , bukan sebab tak menarik tp sebab aku mengantuk. Padahal tadi aku tengah chatting dengan awek ampang. (insert lagu havoc disini) eh korang salah! Aku tahu korang pikir awek ampang tu macam dalam lagu havoc kan? Dy bukan jenis awek ampang yang tgok laki pakai topi KL , lagi dy pandang terus cair. Bukan ,dy bukan macamtu.


Last2 awek ampang reject aku. Kejam. Aku pikir dy sengaja mencalar kan hati aku sb hati dy pernah dicalarkan. Revenge. hehe ingat aku tak tau lettu.


Lepas frust di reject , aku baring. Lelapkan mata. Gelap. Hitam. Kelam.. Aku mulai mimpi kan awek. Paras rupa tak berapa ingat sb mimpi kan. Datang kat aku , baring sebelah aku. Aku rasa bestt , lepas tu aku agak aku dengan dy akan inzal.


Gagal. 


Celaka.


Hilang mimpi indah tadi , Hilang gadis indah , hilang semua gara2 nada dering Danza Kunduro berbunyik. Masuk satu mesej - "hoi bgun subuh" - nombor tak dikenali. Jam tertera pukul 2.37 a.m. Geram. Aku rasa marah. Marah kau ganggu tidor aku , marah kau hilangkan gadis indah tadi , marah sb belum masuk subuh pon!


Aku balas mesej , kami berbalas mesej. Dy call aku , aku dengar suara comel.

(baca : suara upin ipin. comel bukan?) Hilang marah , geram aku tadi. Aku suka. Aku suka dengar suara dy. Dalam 5 minit suara tu menghenyak-henyak lubang telinga aku , dy suruh aku tido. Hang up.. tuutt ttuuut. Tido dalam senyuman. senyum senyum senyum. Air liur basi terhasil.


11 bulan kemudian..


Aku masih suka dengar suara dy , dan sekarang aku jadi terlalu rindu kalau tak dengar suara tu , suara paling indah dalam hidup aku lepas suara mak aku. Ya suara kau indah tahu?.. Dan dy pula menjadi species yang paling penting bagi aku , menjadi gadis indah yang hilang dr mimpi aku tempoh hari , menjadi seorang pencuri ; pencuri hati. Aku harap dy takde niat nak berhenti mencuri. 


Aku sayang kau a.m.e


Demi Allah aku sayang kau.



No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen , nasihat , carutan mahupun makian anda disini ...kalau mahu.