Thursday, April 24, 2014

Rasukan keladi

Apa khabar keldai2  ..eh keladi-keladi sekalian? kihkih..Sudah bersedia untuk dimasak secara zalim ? Ha meh nak kupas dulu kulit tu. Zapp! Zapp! ok dah bogel , sekarang aku nak rebus kau . Duduk diam2 eh.

Hey jangan lari , datang sini balik aku tukang masak profesional.! Ye sgt profesional. Korang takkan dengar ngauman dari aku bila percikan minyak mendarat kat muka. Periuk belanga patah riuk , belobang sana sini pon proses memasak boleh diteruskan. Apatah lagi memasak kamu batang-batang keladi. Aku boleh masak secara pantas tak hengat donia. kahkah! Bongkak sungguh ayat aku. ''-_-

Ha nape aku tanya khabar keladi je , takde pulak tanya khabar korang? Sebab aku tengah nak berjimak dengan keladi2 ni. Ah bukan berjimak la ! BERJINAK . ngok ngek. Alkisahnye , ade seorang budak kontot tu mengidam nak mkn masak keladi. Dia btau je, tak suruh masakkan pon. Tapi aku sebagai budak tak berapa nak kontot berasa kasihan akan budak kontot itu.

Lalu aku punya instinct kuat mnyuruh aku belajar pasal resepi keladi ni. Nanti boleh la aku masakkan untuk kontot tercinta.hihi.. sampai berguru dgn cik lokama ni , jgn memain!

So here goes the raw ingredients :

BAHAN-BAHAN

  • 3 btg keladi
  • 3 asam keping
  • daun kesom
  • garam secukup rasa
BAHAN KISAR
  • 4 bawang besar
  • 3 bawang putih
  • 5 cili merah
  • sekor ikan selayang 
  • seinci kunyit hidup
CARA MASAK
  1. Korang rebus dulu keladi tadi dgn air garam / asam keping untuk hilangkan gatal. Kang tak rebus , korang gatal zahir dan batin pulak Jenuh.
  2. Toskan keladi , pastu ignorekan kejap kegedikan keladi tu.
  3. Sekarang focus pada periuk. Masukkan air dalam periuk , kemudian masukkan semua bahan kat atas kecuali keladi.
  4. Bila dah menggelegak air tu baru korang masukkan keladi. 
  5. Lepastu pandai2 la nak tmbah kemasinan atau kepedasan kuahnya. kemudian tutup api.
Sayang!!saya dah masakkan untuk awk ni! Cik lokama yang ajor sy masak! dapp tak? 

Hmmm okay sy tipu..sy tak reti masak lagi keladi ni..uwaaaa!



No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen , nasihat , carutan mahupun makian anda disini ...kalau mahu.