Setiap hari aku rindukan kau , aku rimas bila rindu ni datang mencurah2 ke ladang gandum. Sampai satu tahap aku angau , siap dengan gelak tawa kau boleh terngiang2 dalam kepala aku. Aku rindu nak borak dengan kau rindu senyuman kau rindu nak pegang tangan kau rindu nak peluk kau.
Serius kalau ikut hati aku, nak je aku turun sana jumpa kau.berkepit dengan kau.menghadap muka kau.buat kau gelak.tengok kau senyum.pimpin tangan kau. Tapi tak boleh , sekarang masing2 busy. Kau dengan projek kau aku dengan kerja aku. Aku cemburu dengan orang sekitar kau yang ada kesempatan untuk buat semua yang aku hasratkan td.
Ah ini satu lagi hal , jeles aku dengan kau semakin menjadi2 sejak kebelakangan ni. Kalau boleh aku nak kau jadi hak milik aku sorang. Aku nak kau habiskan masa dengan aku je, cakap pasal aku je, pikir pasal aku je. Haha tak salah bukan? sebab aku cintakan kau. Aku tak nak orang lain buat kau rasa kau perlukan dorang sebab aku nak jadi orang yang kau perlukan tu.
Aku janji sayang . Selama ni aku impikan untuk hidup bersama dengan kau. Aku akan perjuangkan segalanya untuk itu. Dan bila aku berjuang , aku tak harap aku akan kalah. Aku akan capai impian aku dan impian kita. Sama2 kita pertahankan hubungan ni. Aku akan cintakan kau sampai ke syurga , aku janji...
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan komen , nasihat , carutan mahupun makian anda disini ...kalau mahu.