Salam sejahtera ke atas kalian.
Setelah sekian lama pegi ke mana-mana naik motor cabuk yg banyak berjasa tu. Sekarang dapat la merasa naik kereta hehe.
So nak citer sikit pengalaman hari ni first time hantar kereta ke puspakom. Selama ni xpernah ambil tahu pun.
1. Ok mula-mula kena booking puspakom ye adik, abang, kakak, acik semua. Nak booking tu kena call puspakom cakap nak tempah untuk apa, nak tukar nama ke, roadtax dah mati melebihi setahun ke, hari apa dan pukul berapa. Nanti nombor booking akan diberi. Dekat puspakom seremban ni dah takde booking melalui walk in, dimansuhkan katanya.
2. Dah tiba hari yang ditunggu2, kita pun pergi lah ke puspakom. Mula-mula kena pergi ke pondok polis bantuan tu. Cakap yg kita dh booking. Nanti dia akan minta geran kereta dan bagi satu borang pada kita. Isi borang tersebut dengan lengkap. Pastu dia akan suruh kita masuk lorong yg disediakan. Ada 3 lorong iaitu D, E dan F.
3. Pandu kereta kita ikut lorong yg diberitahu. Macam aku, disuruh masuk ke lorong F. Masa ni tunggu je lah kereta2 yang di depan kita selesai inspection. Ikut lah, kalau kereta depan kita banyak lama lah juga nak tunggu. Aku tunggu dalam 2 jam camtu lah.
4. Masa tunggu ni, ada satu kaunter untuk bayaran. Turun kereta pergi bayar. Aku bayar RM 30. Lepas bayar dia akan bg satu borang. Ha borang ni tak payah isi. Pastu nak senangkan kerja, kita selitkan geran kereta, borang-borang yang kita dapat td, dan salinan resit bayaran di wiper kereta.
5. Staff puspakom akan cek kereta kita. Time ni tunggu lah dalam bilik kaca dekat depan tu. Pastu dah siap dorang cek semua, pegawai yg dalam bilik kaca tu akan panggil no plat kereta kita. Sila alert ya. Kemudian, sign pada buku yg disediakan dan pulang dengan senyuman.
Puspakom valid selama 1 bulan sahaja.
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan komen , nasihat , carutan mahupun makian anda disini ...kalau mahu.