Hari ni aku pergi tukar nama pemilik kereta pulak.
1. First sekali memang kena beli insurans atas nama kita dahulu. Aku buat dekat jpj seremban, dekat situ ada kedai insurans. senang kan. Kalau tak nak beli insurans dulu, boleh....tapi kena datang JPJ naik kenderaan lainlah xboleh naik kenderaan yang nak ditukar nama tu, sebab roadtax dan insurans lama tu akan terbatal selepas pertukaran nama dibuat.
2. Kemudian naik tingkat 1 kat atas, pergi ke kaunter nombor giliran tu bagitahu nak buat penukaran nama. Dia akan bagi satu borang isi la sebagaimana diberitahu.
3. Ambil nombor dan tunggu giliran kita. Serahkan geran kereta pada mereka. Pegawai kt sana akan uruskan semua. Lagi satu, roadtax yang ada pada kereta kita tu kena bagi pada dorang. Bayaran yang dikenakan adalah rm 100.
4. Selesai je semua, kita akan dapat Surat Pemilikan Kenderaan. Surat ini menggantikan geran kereta yg lama tu. Sekarang kan JPJ dah x pakai geran untuk urusan di sana.
5. Lepas dah tukar nama, turun tingkat bawah semula dan buat roadtax baru. Selesai.
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan komen , nasihat , carutan mahupun makian anda disini ...kalau mahu.