Jika aku tanya kamu semua, pernah tak korang berada begitu dekat dengan kematian tapi terselamat kemudiannya? Mesti semua mengangguk bertubi2 malah ada yang histeria seploh hari bila teringat kesengalan korang bukan?
Ha tu la korang , mak korang pesan jangan buas korang degil.!
Padan la muka..err padan muka aku jugak.
Ok ,
Pengalaman near-death aku yang pertama..dan juga yang terakhir adalah sewaktu aku masih seorang kanak-kanak yang tulus dan suci.muehehe. Berlaku kira-kira 9 tahun dulu....
Ya congakan korang betul , aku tau korang bijak mathematics. Aku baru berumur 11 tahun masa tu dan aku buat benda yang orang lain kemungkinan tinggi tak buat masa sebaya aku.
Huh mesti pikiran kotor korang sangka aku buat benda tak baik kan..ohh pellis! aku seorang anak yang sangat baik ok masa muda2 dulu.(*perasan tahap A..) Aku sebenarnya dah ajak seorang awek cun mandi air terjun. Ha korang hado buat camni masa kanak-kanak dulu? Ahh korang loser.
Haha masa tu dy tak cun la , selebet je , nama pon kanak-kanak kannn..tapi sekarang aku tengok makin cantik manis. Mula-mula aku dan dia mandi dekat tempat cetek. Berenang-pelbagai jenis kuak-flipback-dan berenang lagi.
'Weh bosan bahabi , jom mandi dekat tempat tu.' kata si awek tersebut. Ya dia sebut perkataan babi walaupun masih kanak-kanak. Mungkin pengaruh abang2 dia.
Aku dan dia pon naik kemudian terus terjun ke tempat tu tanpa berfikir 2 mahupun 3 kali. Terjadilah adegan panass , dia panjat belakang aku dan aku sebaliknya. Ahh korang asyik pikir aku bercengkerama dengan dia je kan.
Tahu tak kitorang separuh nyawa dalam air bertarung dengan malaikat maut yang terasa sangat hampir. Yang bila-bila masa je akan rentap nyawa aku.nyawa dia.nyawa 2 kanak-kanak suci.
Hoh aku rasa gerun. Aku pikir aku akan mati saat itu. Aku lemas.
Tidak. Aku tak mati. Aku nampak seorang lelaki hulurkan tangan , aku tenggelam sebab si awek tadi panjat belakang aku. Celaka. Dia terselamat , kemudian aku turut ditarik naik ke atas. Kami terselamat. Kami diselamatkan.
Allah tahu , mak dan ayah masih perlukan aku untuk mengisi ruang dalam hidup mereka. Sebab tu Dia biarkan aku terselamat. Dia biarkan aku mandi air terjun dengan awek-awek cun yang lain lepas itu. Syukur..
Friday, January 24, 2014
Monday, January 20, 2014
K.a.u
18/2/13 *hari ape aku tak ingat
Lewat pagi tu..
Aku mengantuk ya
rabbi , laman chatting tu dah tak menarik minat aku , bukan sebab tak menarik
tp sebab aku mengantuk. Padahal tadi aku tengah chatting dengan awek ampang. (insert lagu havoc disini) eh korang salah! Aku tahu korang pikir awek ampang tu macam dalam lagu havoc kan? Dy bukan
jenis awek ampang yang tgok laki pakai topi KL , lagi dy pandang terus cair. Bukan ,dy bukan macamtu.
Last2 awek ampang reject aku. Kejam. Aku pikir dy sengaja mencalar kan hati aku sb hati dy pernah dicalarkan. Revenge. hehe ingat aku tak tau lettu.
Lepas frust di reject , aku baring. Lelapkan mata. Gelap. Hitam. Kelam.. Aku mulai mimpi kan awek. Paras rupa tak berapa ingat sb mimpi kan. Datang kat aku , baring sebelah aku. Aku rasa bestt , lepas tu aku agak aku dengan dy akan inzal.
Gagal.
Celaka.
Hilang mimpi indah tadi , Hilang gadis indah , hilang semua gara2 nada dering Danza Kunduro berbunyik. Masuk satu mesej - "hoi bgun subuh" - nombor tak dikenali. Jam tertera pukul 2.37 a.m. Geram. Aku rasa marah. Marah kau ganggu tidor aku , marah kau hilangkan gadis indah tadi , marah sb belum masuk subuh pon!
Aku balas mesej , kami berbalas mesej. Dy call aku , aku dengar suara comel.
(baca : suara upin ipin. comel bukan?) Hilang marah , geram aku tadi. Aku suka. Aku suka dengar suara dy. Dalam 5 minit suara tu menghenyak-henyak lubang telinga aku , dy suruh aku tido. Hang up.. tuutt ttuuut. Tido dalam senyuman. senyum senyum senyum. Air liur basi terhasil.
11 bulan kemudian..
Aku masih suka dengar suara dy , dan sekarang aku jadi terlalu rindu kalau tak dengar suara tu , suara paling indah dalam hidup aku lepas suara mak aku. Ya suara kau indah tahu?.. Dan dy pula menjadi species yang paling penting bagi aku , menjadi gadis indah yang hilang dr mimpi aku tempoh hari , menjadi seorang pencuri ; pencuri hati. Aku harap dy takde niat nak berhenti mencuri.
Aku sayang kau a.m.e
Demi Allah aku sayang kau.
Tuesday, January 14, 2014
Dua Kosong
Tahun ni umur aku masuk 20 tahun
Setiap hari aku
dilema dengan angka 2 di depan kosong
Mungkin aku kena
terima angka 2 itu
Mungkin tahun2
seterusnya aku akan terpaksa beriang gembira pula dengan angka dua,tiga,empat..arghhh stress plak
aku mikior!
Ape pon aku nak
terus berbebel! hik hok
Aku merajinkan
diri create blog ni sebab aku dah janji dengan a.m.e nk buat satu blog
Sape a.m.e ?? huh pensibuk.Secara ringkasnya dia homo sapiens yang aku
sayang gila dalam dunia ni
So nt aku update
entry, walau aku tau takde sape pon yang nak baca blog unik aku ni.Sedih2
Subscribe to:
Posts (Atom)