Saturday, May 15, 2021

Hidup : Mendewasakan @ membosankan

Normal je kan kalau kita makin dewasa, makin membosankan, makin muram dan kosong. Kosong tu bukan mcm sunyi, bukan jugak sendu ke apa, tp ntah la aku x reti lah cari perkataan yang tepat. Dulu seingat aku, aku memang mudah terhibur. aku tgok video ntah pape pun boleh ketawa, dengar perkataan baru yang kelakar pun aku dah terbahak-bahak dah, contohnya perkataan "gatal lah gigi aku ni weh", ha mcm mana tu kan gatal gigi hahaha. tambah2 kalau maryam kawan baik aku tu buka mulut. Macam orang gila dh aku gelak kalau dengan dia zaman dulu.

Pastu zaman aku dengan nsung pulak, yang tu memang takyah cakap lah sebab nsung memang seorang yang kelako dan selalu nak hiburkan hati aku ni. Contohnya pasal akak nenas, 
memang aku tak kan lupa lawak nsung yang satu ni hahaha.

Sekarang aku dapat rasa yang kemudah-hiburan aku tu direntap dan jiwa aku ni susah sangat aku nak feed. Aku akan ketawa kalau benda tu betul2 kick, kadang-kadang aku terpaksa imejin lawak yang lain untuk aku gelak atas lawak seseorang. Ye lah kang tak ketawa macam aku ni hambar sgt. hehe.. Aku rasa kehidupan memang mcmtu lah, dia slow2 mendewasakan dalam erti kata lain menjadikan kita orang yang bosan.

Tapi apepun aku bersyukur sangat aku ada nsung, d, ayu yang aku tahu dorang akan ada untuk aku. Aku akan ingat jasa dorang dekat aku, aku takkan lupa. Bayangkan la dorang boleh berkawan dgn aku yg pendiam ni, suka duk sorang2 dalam bilik, melepet, tak banyak kawan pulak tu, takde buat aktiviti menarik ke apa. Gi keje balik keje, duk dalam bilik. Tu je lah yang aku reti. 

Dah la aku ngantuk dah ni. Selamat tidur..Zzz