Monday, August 23, 2021

CIKMERAH Masuk Bengkel

 Harini aku hantar Cikmerah masuk hospital, seharian dia dekat situ. Aku tinggalkan sebab dia nak kena operate hehe. Yelah aku toya dah asyik repair, rosak, repair, rosak. Bila tanya kedai asyik suruh overhaul, padahal masalah bukan dekat situ, apo lak aku nak suruh tukar wirering dgn magnet coil dia suruh aku overhaul. Cis mentang2 aku perempuan, nak cekik aku la tu. Lalu aku pun decide dan tekad nak tukar barang baru seketul2 ikut bajet aku la.

Beli dari shoppe je senang, barang tu biar ori biar puas hati dan tahan lama sikit.

1- wirering full set rm119

2-magnet coil rm149

3-socket lamp+bulb rm22

4-battery rm39.90

5-meter cable+meter gear rm15.80

6-minyak hitam + tyre gum rm44.40

7-tank float rm38

Pastu aku gi lah bengkel cina dorang pasang upah rm150. Ok lah tu bagi aku. Kalau nak harapkan bangsa Melayu,dah la asyik nak cekik darah, lembab pulak tu nak kena tinggal motor 3hari dekat bengkel pastu upah harga yahudi mabok rm350!!

Ko dah la tolong pasang je, bukan aku suruh buat yang teruk2 macam overhaul ke restore ke. Kalau yang tu aku percaya la upah ratus2-ribu2.

Last2 bangsa cina kaya + maju. Thank you la dekat abang bengkel cina dan abang bangla 2 org yang nmpk ikhlas pasangkan barang2 motor aku hehe. Lepasni tinggi lah sikit darjat dan maruah aku di atas jalanraya sebab aku punya hon dah kembali mengaum tu hehe, kuat la maksudnya.

Total rawatan Cikmerah bulan ni RM409.00.

Saturday, May 15, 2021

Hidup : Mendewasakan @ membosankan

Normal je kan kalau kita makin dewasa, makin membosankan, makin muram dan kosong. Kosong tu bukan mcm sunyi, bukan jugak sendu ke apa, tp ntah la aku x reti lah cari perkataan yang tepat. Dulu seingat aku, aku memang mudah terhibur. aku tgok video ntah pape pun boleh ketawa, dengar perkataan baru yang kelakar pun aku dah terbahak-bahak dah, contohnya perkataan "gatal lah gigi aku ni weh", ha mcm mana tu kan gatal gigi hahaha. tambah2 kalau maryam kawan baik aku tu buka mulut. Macam orang gila dh aku gelak kalau dengan dia zaman dulu.

Pastu zaman aku dengan nsung pulak, yang tu memang takyah cakap lah sebab nsung memang seorang yang kelako dan selalu nak hiburkan hati aku ni. Contohnya pasal akak nenas, 
memang aku tak kan lupa lawak nsung yang satu ni hahaha.

Sekarang aku dapat rasa yang kemudah-hiburan aku tu direntap dan jiwa aku ni susah sangat aku nak feed. Aku akan ketawa kalau benda tu betul2 kick, kadang-kadang aku terpaksa imejin lawak yang lain untuk aku gelak atas lawak seseorang. Ye lah kang tak ketawa macam aku ni hambar sgt. hehe.. Aku rasa kehidupan memang mcmtu lah, dia slow2 mendewasakan dalam erti kata lain menjadikan kita orang yang bosan.

Tapi apepun aku bersyukur sangat aku ada nsung, d, ayu yang aku tahu dorang akan ada untuk aku. Aku akan ingat jasa dorang dekat aku, aku takkan lupa. Bayangkan la dorang boleh berkawan dgn aku yg pendiam ni, suka duk sorang2 dalam bilik, melepet, tak banyak kawan pulak tu, takde buat aktiviti menarik ke apa. Gi keje balik keje, duk dalam bilik. Tu je lah yang aku reti. 

Dah la aku ngantuk dah ni. Selamat tidur..Zzz

Sunday, October 11, 2020

Secebis je

Waktu ke waktu makin tercarik bungkusan rindu. Nanti kan aku ikat kemas semula bungkusan itu, tp hari ini biarlah aku begini dahulu.

Jarang aku lakarkan kebocoran mata di mana2 media, siapa peduli kan? Jadi aku hamparkan disini saja..

Beratnya dada penuh dengan rindu, rindu yang kali ini takkan pernah habis, rindu hanya tinggal rindu. Rindu sgt dekat ayah...Ntahlah, aku rindu...tu je.

Thursday, June 11, 2020

KINI

Lama sungguh ya aku tak tulis dalam blog ni. Ya realitinya aku seorang pendiam, tak banyak bicara, jarang membuka cerita kerana..memang itu aku. Di alam maya juga lebih kurang pendiamnya. Jadi apa bezanya? Ntah, aku memang begitu. hahahaha

Sedar tak sedar dah 6 tahun blog ni wujud. Masih aku ingat mula-mula aku create blog ni untuk aku coretkan perjalanan dan pelayaran kisah aku dgn a.m.e. Waktu tu aku fall in love, fall hard giler. Tak sangka begitu sekali powernya cinta ya.

Ye lah first love kan, manis sangat rasa. Tambah pula a.m.e pakej cantik, hidung mancung. Aku berjuang masatu, tak kira siapa musuh. Yang slacknya aku tak punya apa2, aku hanya ada armada cinta. Sepatutnya cinta tu cukup untuk buat aku bina sesuatu untuk bahagiakan dia, tapi banyak halangannya dari solusinya.

Ahhh begitulah hidup..

KINI, aku masih tak punya apa-apa. Tiada harta, tambah lagi sebatang kara. Yang aku ada cuma cinta yang ntah laku ntah kaku. Aku sekarang fokus untuk tambah baik diri aku, ntah kadang2 aku rasa hidup ini palat. Aku penat & tenat. Tapi ya tak mengapa, biar otak ini, biar raga dan susuk ini terus melambung2 dihenyak dugaan. Aku cuma akan terus usaha membelah takdir. Sampai aku sampai...

Adios


Thursday, August 16, 2018

Ya kalini aku pergi

Ya..
Aku cuma nak ada hubungan baik dengan orang yg pernah aku sayang, aku julang. Sbb aku tak sanggup untuk terus hilang. Cukup jd sang penjaga dari jauh pun aku dah senang. tak kan aku ganggu lagi.

Tak apa,
kalini aku pergi, bukan sebab membenci. Aku pergi kutip sisa2 diri, aku cantumkan kembali, aku baiki, aku pergi kepada yang sudi. Semoga kau jaga diri. Aku selalu perhati. Dari sini.