Monday, August 23, 2021

CIKMERAH Masuk Bengkel

 Harini aku hantar Cikmerah masuk hospital, seharian dia dekat situ. Aku tinggalkan sebab dia nak kena operate hehe. Yelah aku toya dah asyik repair, rosak, repair, rosak. Bila tanya kedai asyik suruh overhaul, padahal masalah bukan dekat situ, apo lak aku nak suruh tukar wirering dgn magnet coil dia suruh aku overhaul. Cis mentang2 aku perempuan, nak cekik aku la tu. Lalu aku pun decide dan tekad nak tukar barang baru seketul2 ikut bajet aku la.

Beli dari shoppe je senang, barang tu biar ori biar puas hati dan tahan lama sikit.

1- wirering full set rm119

2-magnet coil rm149

3-socket lamp+bulb rm22

4-battery rm39.90

5-meter cable+meter gear rm15.80

6-minyak hitam + tyre gum rm44.40

7-tank float rm38

Pastu aku gi lah bengkel cina dorang pasang upah rm150. Ok lah tu bagi aku. Kalau nak harapkan bangsa Melayu,dah la asyik nak cekik darah, lembab pulak tu nak kena tinggal motor 3hari dekat bengkel pastu upah harga yahudi mabok rm350!!

Ko dah la tolong pasang je, bukan aku suruh buat yang teruk2 macam overhaul ke restore ke. Kalau yang tu aku percaya la upah ratus2-ribu2.

Last2 bangsa cina kaya + maju. Thank you la dekat abang bengkel cina dan abang bangla 2 org yang nmpk ikhlas pasangkan barang2 motor aku hehe. Lepasni tinggi lah sikit darjat dan maruah aku di atas jalanraya sebab aku punya hon dah kembali mengaum tu hehe, kuat la maksudnya.

Total rawatan Cikmerah bulan ni RM409.00.

Saturday, May 15, 2021

Hidup : Mendewasakan @ membosankan

Normal je kan kalau kita makin dewasa, makin membosankan, makin muram dan kosong. Kosong tu bukan mcm sunyi, bukan jugak sendu ke apa, tp ntah la aku x reti lah cari perkataan yang tepat. Dulu seingat aku, aku memang mudah terhibur. aku tgok video ntah pape pun boleh ketawa, dengar perkataan baru yang kelakar pun aku dah terbahak-bahak dah, contohnya perkataan "gatal lah gigi aku ni weh", ha mcm mana tu kan gatal gigi hahaha. tambah2 kalau maryam kawan baik aku tu buka mulut. Macam orang gila dh aku gelak kalau dengan dia zaman dulu.

Pastu zaman aku dengan nsung pulak, yang tu memang takyah cakap lah sebab nsung memang seorang yang kelako dan selalu nak hiburkan hati aku ni. Contohnya pasal akak nenas, 
memang aku tak kan lupa lawak nsung yang satu ni hahaha.

Sekarang aku dapat rasa yang kemudah-hiburan aku tu direntap dan jiwa aku ni susah sangat aku nak feed. Aku akan ketawa kalau benda tu betul2 kick, kadang-kadang aku terpaksa imejin lawak yang lain untuk aku gelak atas lawak seseorang. Ye lah kang tak ketawa macam aku ni hambar sgt. hehe.. Aku rasa kehidupan memang mcmtu lah, dia slow2 mendewasakan dalam erti kata lain menjadikan kita orang yang bosan.

Tapi apepun aku bersyukur sangat aku ada nsung, d, ayu yang aku tahu dorang akan ada untuk aku. Aku akan ingat jasa dorang dekat aku, aku takkan lupa. Bayangkan la dorang boleh berkawan dgn aku yg pendiam ni, suka duk sorang2 dalam bilik, melepet, tak banyak kawan pulak tu, takde buat aktiviti menarik ke apa. Gi keje balik keje, duk dalam bilik. Tu je lah yang aku reti. 

Dah la aku ngantuk dah ni. Selamat tidur..Zzz

Sunday, October 11, 2020

Secebis je

Waktu ke waktu makin tercarik bungkusan rindu. Nanti kan aku ikat kemas semula bungkusan itu, tp hari ini biarlah aku begini dahulu.

Jarang aku lakarkan kebocoran mata di mana2 media, siapa peduli kan? Jadi aku hamparkan disini saja..

Beratnya dada penuh dengan rindu, rindu yang kali ini takkan pernah habis, rindu hanya tinggal rindu. Rindu sgt dekat ayah...Ntahlah, aku rindu...tu je.

Thursday, June 11, 2020

KINI

Lama sungguh ya aku tak tulis dalam blog ni. Ya realitinya aku seorang pendiam, tak banyak bicara, jarang membuka cerita kerana..memang itu aku. Di alam maya juga lebih kurang pendiamnya. Jadi apa bezanya? Ntah, aku memang begitu. hahahaha

Sedar tak sedar dah 6 tahun blog ni wujud. Masih aku ingat mula-mula aku create blog ni untuk aku coretkan perjalanan dan pelayaran kisah aku dgn a.m.e. Waktu tu aku fall in love, fall hard giler. Tak sangka begitu sekali powernya cinta ya.

Ye lah first love kan, manis sangat rasa. Tambah pula a.m.e pakej cantik, hidung mancung. Aku berjuang masatu, tak kira siapa musuh. Yang slacknya aku tak punya apa2, aku hanya ada armada cinta. Sepatutnya cinta tu cukup untuk buat aku bina sesuatu untuk bahagiakan dia, tapi banyak halangannya dari solusinya.

Ahhh begitulah hidup..

KINI, aku masih tak punya apa-apa. Tiada harta, tambah lagi sebatang kara. Yang aku ada cuma cinta yang ntah laku ntah kaku. Aku sekarang fokus untuk tambah baik diri aku, ntah kadang2 aku rasa hidup ini palat. Aku penat & tenat. Tapi ya tak mengapa, biar otak ini, biar raga dan susuk ini terus melambung2 dihenyak dugaan. Aku cuma akan terus usaha membelah takdir. Sampai aku sampai...

Adios


Thursday, August 16, 2018

Ya kalini aku pergi

Ya..
Aku cuma nak ada hubungan baik dengan orang yg pernah aku sayang, aku julang. Sbb aku tak sanggup untuk terus hilang. Cukup jd sang penjaga dari jauh pun aku dah senang. tak kan aku ganggu lagi.

Tak apa,
kalini aku pergi, bukan sebab membenci. Aku pergi kutip sisa2 diri, aku cantumkan kembali, aku baiki, aku pergi kepada yang sudi. Semoga kau jaga diri. Aku selalu perhati. Dari sini.

Sunday, May 14, 2017

Its you

I know this woman. She has fought a thousand battles and is still standing. Has cried a thousand tears and still smiling. Has been broken betrayed abandoned but she still walks proud. Laughs loud, lives without fear, loves without doubt.

Its you.
Nsong

Friday, April 8, 2016

rawat diri sendiri

Assalamualaikum.

Ginilah nasib diri ku selama 6 bulan lagi. perlu berjauhan dengan kamu. sigh
Takpelah untuk merawat kesedihan di hati kecilku ini, biarlah aku imbas kembali kenangan kita ya sayang.

Ok kenangan waktu first time kita jumpa di sebuah terminal bas, ya iyalah sebab kamu naik bas dtg jumpa aku waktu tu kan. Semalaman tido tak lena, degup jantung ni pulak ngada ngada nk dup dap lebih2 masa tu. haha tgn sentiasa sejuk. nervousnya nk jumpa kamu hanya Allah je tahu sayang. pukul 5.30 pagi dapat call. ye kamu yang call saya.

Then kebetulan harijadi saya pada bulan itu juga. tak sangka dapat hadiah dari kamu si cantik! iaitu baju tshirt warna putih. season kata kamu. haha. mulanya kita kekok. kamu saya suruh tidur di atas katil dan sy di lantai. tapi kamu takut, lalu berhimpit juga dgn sy di lantai hihihi.

dan waktu tu tak dapat sy luah dengan perkataan bagaimana jantung sy mengepam darah dalam keadaan yg luarbiasa. mungkin kerana kamu gadis pertama yg berbaring begitu rapat dgn sy. kamu di sebelah sy, tgn kamu di pinggang sy, kamu pura2 lena. sy juga sama pura2. haha

yang tak boleh blahnya, kamu cabar sy kentut dpn kamu supaya jurang antara kita yg kekok ini terlerai. ntuk pengetahuan kamu yang cik comel, sy memg jarang kentut yg berbunyi kuat. dan kamu sayangku, kamu kentut juga untuk pecahkan situasi kita yg kekok itu. lihatlah dunia betapa anehnya gadisku ini bukan?.

untuk pengetahuan cik comel ya, kamu merupakan gadis pertama yg mencuri hati sy. ya kamu cinta pertama sy! tak mungkin sy akan jumpa lg gadis yg aneh sperti kamu. untuk pertama kalinya seorang gadis yang baru sy kenal, merajuk dgn sy. dan sy tak tahu perlu buat apa. jadi sepanjang hari itu, kita hanya berpaling antara satu sama lain dan biarkan angin berbisik.  krikk krikkk. sengalnya saya kan xtahu pujuk perempuan. haihhh.

banyak lagi kenangan kita sayang. sekarang dah 3 tahun kita sebati. terima kasih sayangku. dan sebenarnya kamu tahu ketika itu jantung saya berdegup kuat. kamu masih pura2 lena.

sy penat menaip ni ha dan kamu masih tido. hoh dah la kbye.

invicible

Assalamualaikum.

my mom don't like u she likes everyone. hmmm intro yang agak mengganggu sereblum aku. hahaha.

sebenarnya hatiku sedang dilanda kesedihan yang amat dahsyat. mana tidaknya, gadis yg kusayang selama beberapa tahun ini, kini pergii..! huhu

tapi dia bukan tinggalkan aku lah, celakanya pemikiran korang. dia pergi praktikal di hospital dan aku masih ada 3 semester lagi.

rumah yg dulu riuh dan gamat dengan telatah dia, sekarang tak lagi. hanya sunyi mengisi. tilam yg dulu berkongsi berhimpit, kini terasa luass sgt tanpa kau disisi. petiais yg dulunya penuh dgn jajan, sekarang tggal lah bongkah sisa2 kulat dan kulapuk. haii teruk nau roman petiais aku ni.

rumah yg dulu ceria, kini mcm rumah puaka. ruang tamu, dapur, toilet, celah pintu, bwh sinki, atas almari...semuanyaaaa ku terngiang ngiang kelibat wajahmu. malah di sudut siling pun aku ternampak nampak akan dirimu. ahhhhh dah macam rupe hantu pulak aku drscribe dirimu sayang.

tapi apakan daya, engkau terpaksa berjauhan dr aku. tp aku rasa kehilangan kau sb engkau dh kurang luangkan masa dgn aku. bila aku pergi lwt kau, excited kau tu aku tak feel sayang. kenapa ya?. borak dgn aku pun hidup segan mati tak mau. tambah pula engkau letih dan otomatik tidurmu awal dr biasa. so aku masih rasa lonely walaupun kita dekat detik itu. kau dh lain. hmmm

hari ni aku pegi ambil kau dan bawa kau pulang sb esok kau cuti. aku sedih dan terjatuh juga air mata ni wlaupun dh pksa untuk tahan. tp kau cakap " jgn lah menangis sekarang, nanti lama2 sayang tu dh bkurang"... hmmm aku cuma sedih, rinduu dengan kau sayang..sekarang kau tido, aku sepi lagi..hmmm igtkan boleh luangkan masa sama2. but its ok darling, i got it u are exhausted. sleep tight. jumpa dalam mimpi ya hehe T_T




Monday, May 25, 2015

Bebel

Buka ! Buka mata anda dan baca coretanku ini.

Kalau tak buka mata maknanya korang buta.

Shhh jgn bising dia tengah tidur tu. alololo comel comel mcm baby. nak je siat2 kulit muka beliau dan campak bagi buaya makan. ha amek kau ekstreme sangat kecomelan tu. kadang2 aku rasa happy sangat dengan kau wahai si comel sampai aku takut satu hari nnt tuhan akan hadirkan hari sedih antara aku dan kau. sbb dah bnyak kali sblum ni pun mcm tu, bila happy sangat akn ada hari yg sedih sgt. hmmm

Skrg bila timbul je wktu pagi, dh pandai daahhhh kejut aku bgun dgn ugutan. ugut nnt kucing kitorang mrajuk lah, kucing kitorang sakit lah, kucing nk berak lah, kucing lpar lah, kucing nk mndi lah..hish mcm2, pndai kau kn sb kau tahu aku syg sgt dkt kucing tu sb tu kau brani ugut aku guna nama dia kn? haha comel tau kau ni sayang.

semalam tgok movie cina Ah Boy to Men subtitle tak ada kau gasak la buat2 paham. dah movie pun beli cd cetak rompak dan ragut. eh boleh pulak bnyak bunyi dia tnya aku soalan itu ini, kau ingat aku ni orang apa sayang. orang Macau?orang Cina? oh noo aku xmakan binatang jadah pink itu. haha aku pun taram je la bg jwpn mcm ni, mcm tu. hmm aku tipu kau je sayang aku xtahu pun ap diorang ckp hehe.

aku harap esok kau bgun tidur jiwa kau,fkiran kau dan diri kau sihat ceria comel mcm hari ni cuma tambah lg sikit kesihatan supaya perut kau xkembung lagi. aku harap hari lusa dan hari2 esoknya pun mcmtu juga. *pooofffff keluar jin.

adios sayang . i love you.

Thursday, October 9, 2014

Moga

Semalam-semalam yang dulu
di lelap mata ku kau tiada
di riuh hidup ku , kau sepi
di ceruk siang ku , kau di mana

Aku sunyi ketika

Hari-hari yang kini
di buka mata ku , kau di sana
di gelak tawa ku , kau ceria
di kosong hatiku , kau penuhi

Kau penghilang duka
Aku bahagia

Moga ia bukan ketika
Kekal lah hingga kita ke syurga




Tuesday, May 20, 2014

Momen baru

Aku tak pernah senekad ini. Buat keputusan bawa diri jauh dari kepompong selesa aku. jauh dari keluarga aku. jauh dari kenalan aku. pergi ke suatu tempat baru. tempat yang sangat asing. tempat untuk membina dunia baru... dengan kau..

Mulanya , dunia yang aku tempuh tu taklah seindah yang aku bayangkan. Penuh perih, susah, payah, letih. Tapi dengan semua itu , aku dapat lihat sisi kau yang berbeza. Sisi kau yang aku tak pernah nampak selama ini. Kau rupanya berwajah tenang dalam gelisah. Kau rupanya mampu jadi malaikat pelindung di saat getir. Dan kau rupanya ada kekuatan dalaman yang jarang orang lain ada.

Susah payah yang dulu perlahan2 angkat kaki, diisi dengan keindahan kau yang selalu disamping aku. Aku tak mampu luahkan bahagia tu. Perasaan kau ada depan mata, boleh borak dengan kau, boleh tenung mata kau, elus pipi kau, dan semua tu mesti sangat janggal bagi kau kan? Sebelum ni kau borak dgn org lain, makan dgn org lain, hidup dgn org lain.  Tapi terima kasih  kau sudi jadi sebahagian hidup aku walaupun tak lama.

Dalam gembira, aku nampak kau sedih. Aku tahu.. Aku faham kau rindukan dia. Walau kau nafi, aku tetap tahu sisa sayang tu masih ada pada dia. Aku cuma harap kau boleh buat pilihan. Kau bukan barang, yang boleh aku kongsi dengan orang lain. Kalau aku tamak , memg patut pun sebab aku sayangkan kau. Kalau aku mendesak memang patut pun sebab aku nak jaga kau. Kalau aku memaksa memg patut pun sebab aku taknak kau lalui benda yang sama. Atau kau dah lupa?..

2 minggu yang aku jalani dengan kau, aku harap biar cepat berlalu. Kenapa? Sebab aku taknak tengok kau sedih, kau nak balik dekat dia tapi terikat dengan aku. Aku juga harap 2 minggu tu lambat habis. Kenapa? Sebab aku tak puas lagi luangkan masa dgn kau. Aku tak berikan yang terbaik lagi buat kau. Maafkan aku kalau aku ada terkasar, terbuat kau kecil hati, tergaduh dengan kau. Hahaha semua tu tak mungkin aku lupa.

 Apapun aku harap kau gembira. Kalau takdir kau bukan hak aku, aku terima. Tapi sebelum tu aku akan pertahankan kau sehabisnya. Aku takkan give up lagi.

Thursday, April 24, 2014

Rasukan keladi

Apa khabar keldai2  ..eh keladi-keladi sekalian? kihkih..Sudah bersedia untuk dimasak secara zalim ? Ha meh nak kupas dulu kulit tu. Zapp! Zapp! ok dah bogel , sekarang aku nak rebus kau . Duduk diam2 eh.

Hey jangan lari , datang sini balik aku tukang masak profesional.! Ye sgt profesional. Korang takkan dengar ngauman dari aku bila percikan minyak mendarat kat muka. Periuk belanga patah riuk , belobang sana sini pon proses memasak boleh diteruskan. Apatah lagi memasak kamu batang-batang keladi. Aku boleh masak secara pantas tak hengat donia. kahkah! Bongkak sungguh ayat aku. ''-_-

Ha nape aku tanya khabar keladi je , takde pulak tanya khabar korang? Sebab aku tengah nak berjimak dengan keladi2 ni. Ah bukan berjimak la ! BERJINAK . ngok ngek. Alkisahnye , ade seorang budak kontot tu mengidam nak mkn masak keladi. Dia btau je, tak suruh masakkan pon. Tapi aku sebagai budak tak berapa nak kontot berasa kasihan akan budak kontot itu.

Lalu aku punya instinct kuat mnyuruh aku belajar pasal resepi keladi ni. Nanti boleh la aku masakkan untuk kontot tercinta.hihi.. sampai berguru dgn cik lokama ni , jgn memain!

So here goes the raw ingredients :

BAHAN-BAHAN

  • 3 btg keladi
  • 3 asam keping
  • daun kesom
  • garam secukup rasa
BAHAN KISAR
  • 4 bawang besar
  • 3 bawang putih
  • 5 cili merah
  • sekor ikan selayang 
  • seinci kunyit hidup
CARA MASAK
  1. Korang rebus dulu keladi tadi dgn air garam / asam keping untuk hilangkan gatal. Kang tak rebus , korang gatal zahir dan batin pulak Jenuh.
  2. Toskan keladi , pastu ignorekan kejap kegedikan keladi tu.
  3. Sekarang focus pada periuk. Masukkan air dalam periuk , kemudian masukkan semua bahan kat atas kecuali keladi.
  4. Bila dah menggelegak air tu baru korang masukkan keladi. 
  5. Lepastu pandai2 la nak tmbah kemasinan atau kepedasan kuahnya. kemudian tutup api.
Sayang!!saya dah masakkan untuk awk ni! Cik lokama yang ajor sy masak! dapp tak? 

Hmmm okay sy tipu..sy tak reti masak lagi keladi ni..uwaaaa!



Wednesday, April 9, 2014

Jarak Jasad

Kau datang sini jumpa aku kemudian kau balik sana balik. Kau ada depan aku tiba2 kau jauh dari aku. Kau ceriakan hari aku , isi kekosongan dalam hati aku then kau kembali sibuk dengan urusan kau. Seminggu luangkan masa dengan kau rasa macam sekejap sangat.

Setiap hari aku rindukan kau , aku rimas bila rindu ni datang mencurah2 ke ladang gandum. Sampai satu tahap aku angau , siap dengan gelak tawa kau boleh terngiang2 dalam kepala aku. Aku rindu nak borak dengan kau rindu senyuman kau rindu nak pegang tangan kau rindu nak peluk kau.

Serius kalau ikut hati aku, nak je aku turun sana jumpa kau.berkepit dengan kau.menghadap muka kau.buat kau gelak.tengok kau senyum.pimpin tangan kau. Tapi tak boleh , sekarang masing2 busy. Kau dengan projek kau aku dengan kerja aku. Aku cemburu dengan orang sekitar kau yang ada kesempatan untuk buat semua yang aku hasratkan td.

Ah ini satu lagi hal , jeles aku dengan kau semakin menjadi2 sejak kebelakangan ni. Kalau boleh aku nak kau jadi hak milik aku sorang. Aku nak kau habiskan masa dengan aku je, cakap pasal aku je, pikir pasal aku je. Haha tak salah bukan? sebab aku cintakan kau. Aku tak nak orang lain buat kau rasa kau perlukan dorang sebab aku nak jadi orang yang kau perlukan tu.

Aku janji sayang . Selama ni aku impikan untuk hidup bersama dengan kau. Aku akan perjuangkan segalanya untuk itu. Dan bila aku berjuang , aku tak harap aku akan kalah. Aku akan capai impian aku dan impian kita. Sama2 kita pertahankan hubungan ni. Aku akan cintakan kau sampai ke syurga , aku janji... 

Friday, January 24, 2014

Aku Hampir Dengan Kematian

Jika aku tanya kamu semua, pernah tak korang berada begitu dekat dengan kematian tapi terselamat kemudiannya? Mesti semua mengangguk bertubi2 malah ada yang histeria seploh hari bila teringat kesengalan korang bukan?

Ha tu la korang , mak korang pesan jangan buas korang degil.!

Padan la muka..err padan muka aku jugak.

Ok ,

Pengalaman near-death aku yang pertama..dan juga yang terakhir adalah sewaktu aku masih seorang kanak-kanak yang tulus dan suci.muehehe. Berlaku kira-kira 9 tahun dulu....

Ya congakan korang betul , aku tau korang bijak mathematics. Aku baru berumur 11 tahun masa tu dan aku buat benda yang orang lain kemungkinan tinggi tak buat masa sebaya aku.

Huh mesti pikiran kotor korang sangka aku buat benda tak baik kan..ohh pellis! aku seorang anak yang sangat baik ok masa muda2 dulu.(*perasan tahap A..) Aku sebenarnya dah ajak seorang awek cun mandi air terjun. Ha korang hado buat camni masa kanak-kanak dulu? Ahh korang loser.

Haha masa tu dy tak cun la , selebet je , nama pon kanak-kanak kannn..tapi sekarang aku tengok makin cantik manis. Mula-mula aku dan dia mandi dekat tempat cetek. Berenang-pelbagai jenis kuak-flipback-dan berenang lagi.

'Weh bosan bahabi , jom mandi dekat tempat tu.' kata si awek tersebut. Ya dia sebut perkataan babi walaupun masih kanak-kanak. Mungkin pengaruh abang2 dia.

Aku dan dia pon naik kemudian terus terjun ke tempat tu tanpa berfikir 2 mahupun 3 kali. Terjadilah adegan panass , dia panjat belakang aku dan aku sebaliknya. Ahh korang asyik pikir aku bercengkerama dengan dia je kan.

Tahu tak kitorang separuh nyawa dalam air bertarung dengan malaikat maut yang terasa sangat hampir. Yang bila-bila masa je akan rentap nyawa aku.nyawa dia.nyawa 2 kanak-kanak suci.

Hoh aku rasa gerun. Aku pikir aku akan mati saat itu. Aku lemas.

Tidak. Aku tak mati. Aku nampak seorang lelaki hulurkan tangan , aku tenggelam sebab si awek tadi panjat belakang aku. Celaka. Dia terselamat , kemudian aku turut ditarik naik ke atas. Kami terselamat. Kami diselamatkan.

Allah tahu , mak dan ayah masih perlukan aku untuk mengisi ruang dalam hidup mereka. Sebab tu Dia biarkan aku terselamat. Dia biarkan aku mandi air terjun dengan awek-awek cun yang lain lepas itu. Syukur..







Monday, January 20, 2014

K.a.u

18/2/13 *hari ape aku tak ingat


Lewat pagi tu..


Aku mengantuk ya rabbi , laman chatting tu dah tak menarik minat aku , bukan sebab tak menarik tp sebab aku mengantuk. Padahal tadi aku tengah chatting dengan awek ampang. (insert lagu havoc disini) eh korang salah! Aku tahu korang pikir awek ampang tu macam dalam lagu havoc kan? Dy bukan jenis awek ampang yang tgok laki pakai topi KL , lagi dy pandang terus cair. Bukan ,dy bukan macamtu.


Last2 awek ampang reject aku. Kejam. Aku pikir dy sengaja mencalar kan hati aku sb hati dy pernah dicalarkan. Revenge. hehe ingat aku tak tau lettu.


Lepas frust di reject , aku baring. Lelapkan mata. Gelap. Hitam. Kelam.. Aku mulai mimpi kan awek. Paras rupa tak berapa ingat sb mimpi kan. Datang kat aku , baring sebelah aku. Aku rasa bestt , lepas tu aku agak aku dengan dy akan inzal.


Gagal. 


Celaka.


Hilang mimpi indah tadi , Hilang gadis indah , hilang semua gara2 nada dering Danza Kunduro berbunyik. Masuk satu mesej - "hoi bgun subuh" - nombor tak dikenali. Jam tertera pukul 2.37 a.m. Geram. Aku rasa marah. Marah kau ganggu tidor aku , marah kau hilangkan gadis indah tadi , marah sb belum masuk subuh pon!


Aku balas mesej , kami berbalas mesej. Dy call aku , aku dengar suara comel.

(baca : suara upin ipin. comel bukan?) Hilang marah , geram aku tadi. Aku suka. Aku suka dengar suara dy. Dalam 5 minit suara tu menghenyak-henyak lubang telinga aku , dy suruh aku tido. Hang up.. tuutt ttuuut. Tido dalam senyuman. senyum senyum senyum. Air liur basi terhasil.


11 bulan kemudian..


Aku masih suka dengar suara dy , dan sekarang aku jadi terlalu rindu kalau tak dengar suara tu , suara paling indah dalam hidup aku lepas suara mak aku. Ya suara kau indah tahu?.. Dan dy pula menjadi species yang paling penting bagi aku , menjadi gadis indah yang hilang dr mimpi aku tempoh hari , menjadi seorang pencuri ; pencuri hati. Aku harap dy takde niat nak berhenti mencuri. 


Aku sayang kau a.m.e


Demi Allah aku sayang kau.



Tuesday, January 14, 2014

Dua Kosong

Tahun ni umur aku masuk 20 tahun

Setiap hari aku dilema dengan angka 2 di depan kosong

Mungkin aku kena terima angka 2 itu

Mungkin tahun2 seterusnya aku akan terpaksa beriang gembira pula dengan angka dua,tiga,empat..arghhh stress plak aku mikior!

Ape pon aku nak terus berbebel! hik hok

Aku merajinkan diri create blog ni sebab aku dah janji dengan a.m.e nk buat satu blog

Sape a.m.e ?? huh pensibuk.Secara ringkasnya dia homo sapiens yang aku sayang gila dalam dunia ni

So nt aku update entry, walau aku tau takde sape pon yang nak baca blog unik aku ni.Sedih2